BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 Disember 2009

sinar harian- 8 disember 2009

PEKAN DAMAK – Generasi muda 15 hingga 25 tahun disaran menyertai Kelab Rakan Muda Jerantut, untuk membolehkan golongan ini menerima manfaat sepenuhnya ke arah melahirkan generasi bermaklumat yang membawa impak terbaik kepada komuniti.

Pengerusi Kelab, Mohd Faiz Mahayudin berkata, kelab sentiasa membuka keahlian kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk turut serta dan mengikuti pelbagai aktiviti diadakan.

Menurutnya, kini penyertaan banyak diterima dan tertumpu kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, manakala DUN Tahan dan Pulau Tawar akan digerakkan secara proaktif untuk mempromosikan kelab bagi menambah keahlian.

“Penyertaan kepada kelompok sasaran juga dalam usaha menuju ke arah 1,000 ahli yang mana pelbagai aktiviti diadakan untuk menggalakkan penyertaan generasi muda.

“Dengan menyertai kelab ini akan membolehkan masa dimanfaatkan sepenuhnya dengan baik seterusnya dapat memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada komuniti setempat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Faiz berkata, peranan ahli kelab terbesar yang berjaya diberikan dengan baik adalah terbaru turut serta menjayakan Program 1 Malaysia Komuniti Pekan Damak yang lalu, dengan berjaya menyatukan kerjasama antara generasi muda dengan kepimpinan setempat.

Menurutnya, penyertaan amat dialukan untuk membolehkan pengisian aktiviti dilakukan dapat menerapkan pelbagai nilai murni dalam kalangan generasi muda, seterusnya menerusi kelab menjadi landasan menjauhi gejala sosial.

“Terdapat lapan komponen sedia dijayakan ahli kelab di bawah Rakan Muda iaitu rakan kecergasan, rakan inovasi, rakan masyarakat, rakan cinta alam, rakan seni budaya, rakan wira usaha, rakan jiran muda, rakan muda wawasan desa dan rakan sukarelawan.

“Hanya menerusi penyertaan dalam kelab membolehkan generasi muda dapat bersatu padu menonjolkan bakat masing-masing dalam lapan komponen yang ada, dengan rakan sukarelawan adalah paling banyak dijayakan,” katanya.

Beliau berkata, untuk menjadi generasi proaktif dan berdaya saing, generasi muda amatlah disaran untuk menyertai kelab ini supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai dan segala nilai murni dapat diterapkan seterusnya melahirkan pelapis kepimpinan terbaik selaras dimahukan kerajaan,” katanya.


dipetik dari akhbar sinar harian pahang 8/12/2009

2 ulasan: