BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 12 Jun 2009

Sukarelawan Rakan Muda Jerantut golek tayar beramai-ramai!

Pada 10-12 Jun 2009 Kelab Rakan Muda Jerantut telah berkerjasama dengan Kelab Kart Wawasan(KKW) dibawah syarikat KartQuest Corporation Sdn.Bhd bagi menjayakan Kursus Asas Go-kart dan Mini Bike peringkat negeri Pahang 2009.Seramai 30 orang peserta go-kart dan 30 peserta Mini Bike yang terdiri daripada melayu,India dan Orang Asli.Majlis penutupan dirasmi oleh Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang iaitu En.Ahmar bin Salleh..

Rabu, 10 Jun 2009

Fiesta Futebole De Salao

Kelab Rakan Muda Jerantut menggegarkan tiang gol dengan menjadi naib johan futsal challenge(Fiesta Futebole De Salao) yang dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Jerantut dengan kerjasama kelab rakan muda jerantut pada 23,25-26 April 2009 di Inderapura Futsal Centre.Dengan hanya beza 1 mata dengan pasukan johan iaitu F.C.K.R. Pasukan Kelab Rakan Muda Jerantut berpuas hati kerana persediaan yang dibuat hanya dalam masa seminggu.


KEPADA AHLI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT YANG INGIN

MENYERTAI PASUKAN FUTSAL KRM JERANTUT,SILA BERI

MAKLUMAT DIRI KEPADA SETIAUSAHA KELAB ATAU MENGHUBUNGI

NOMBOR YANG TERTERA 014-5255593 (nombor telefon rasmi krm)