Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SELAMAT DATANG KE BLOG RAKAN MUDA JERANTUT
RAKAN WAJADIRI | |
| |
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
|
Rakan masyarakat | |
| |
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan.
|
RAKAN MUDA CINTA ALAM | |
| |
Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.
|
RAKAN WIRAUSAHA | |
| |
Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.
|
Rakan Inovasi | |
| |
Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.
|
RAKAN SENI BUDAYA | |
| |
Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya. |
Rakan Kecergasan | |
| |
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.
|
| |
Kepimpinan, Kesedaran dan Kerjasama antara masyarakat bandar dan desa adalah aspek bagi pembangunan peribadi remaja keseluruhannya. Program ini membantu remaja dalam dan luar bandar membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spiritual, Mental dan fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin,dinamik dan penyayang serta akan menjadi contoh yang baik bagi generasi akan datang
|
| |
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bersama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi didalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Aktiviti yang dijalankan akan memberi pendedahan terhadap inisiatif diri dan sentiasa peka dan berkhidmat pada dan bila-bila masa mereka diperlukan dimana sahaja |
| |
Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. |
KELAB RAKAN MUDA JERANTUT
VISI
Sebagai Ejen Pendidikan Tidak Formal Bagi Mengubah Suatu Gaya Hidup Generasi Muda Ke Arah Yang Positif Selaras Dengan Ideologi Rukun Negara
MISI
Menyediakan Dan Menggalakkan Remaja Terlibat Secara Positif Dalam Program-program Yang Dijalankan Ke arah Perkembangan Sahsiah Diri, Kepimpinan Dan Sosial, Selaras Dengan Dasar Pembangunan Belia Nasional
HALA TUJU KELAB RAKAN MUDA JERANTUT
- Untuk menyatupadukan remaja yang berumur antara 15 hingga 25 tahun di daerah Jerantut
- Menggerakkan Sekretariat Rakan Muda di Kawasan Parlimen
- Menggerak, Merancang, Melaksana dan Menilai Program Gaya Hidup Rakan Muda di Kawasan Parlimen Jerantut
- Membentuk remaja cemerlang yang dapat menyumbang kepada Pembangunan Komuniti Setempat
- Membantu Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jerantut dalam melaksanakan Gaya Hidup Rakan Muda di daerah Jerantut
- Menanam semangat kesetiaan kepada negara
PERANAN,FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB KELAB
-Sebagai badan penggerak perlaksanaan aktiviti
Belia, Sukan dan Rakan Muda Daerah Jerantut
- Agen menggerakkan Belia/Rakan Muda dalam menanam
Semangat prihatin dan tanggungjawab bersama
- Bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan agensi-agensi
kerajaan, swasta dan NGO dalam usaha membendung gejala
sosial di kawasan setempat
-Agen perpaduan masyarakat
- Mempromosikan semangat kesukarelaan dan pembekal
Sukarelawan kepada program-program kerajaan dan NGO
- Agen dalam memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada Belia dan agensi setempat
-Penghubung kerajaan dan masyarakat belia setempat
Mekanisma Perlaksanaan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan