BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 7 Januari 2010

Bengkel bentuk ahli progresif (sinar Harian Pahang -8/1/2009)


BANDAR JERANTUT – Aktiviti bengkel pengurusan yang diadakan Kelab Rakan Muda Jerantut dilihat kaedah terbaik membantu kelab merancang aktiviti lebih kemas teratur dan membentuk ahlinya untuk lebih progresif dan berdaya saing.

Pengerusinya, Mohd Faiz Mahyudin berkata, tumpuan aktiviti berkenaan turut membabitkan penyertaan ahli jawatankuasa bertujuan memantapkan lagi pengurusan kelab dan juga perjalanan aktiviti persatuan.

Menurutnya, penyertaan dalam bengkel seumpama itu juga membolehkan pelbagai aktiviti kelab pada masa akan datang dapat dirancang kemas dan tersusun.

“Dalam bengkel yang diadakan, teras pengurusan melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan di bawah elemen gaya hidup rakan muda.

“Ia berdasarkan cita rasa dan keperluan persekitaran komuniti di daerah ini, yang menumpukan ke arah menjana keupayaan ahli kelab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Faiz berkata, selain perlaksanaan bengkel menerusi teras berkenaan ia juga sebagai kaedah kelab untuk melengkapkan remaja dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Menurutnya, dengan menyertai bengkel itu, asas pengurusan persatuan belia dapat di titik beratkan supaya seimbang dengan matlamat penubuhan kelab itu dan seiring dengan kelab-kelab yang lain

:“Penyertaan generasi muda ke dalam kelab ini amat digalakkan untuk membolehkan pelbagai aktiviti bersama dapat dilakukan, seterusnya membolehkan segala manfaat daripada aktiviti berpersatuan dapat diterima semua.

“Ini penting sebagai kaedah untuk membantu generasi muda menyediakan diri supaya dapat menjadi lebih proaktif, berdaya saing dan juga berketerampilan sejajar dengan yang dimahukan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, generasi muda kini perlu lebih sedar untuk mempersiapkan diri supaya menjadi lebih baik dan lengkap dengan segala ilmu pengetahuan, dengan memanfaatkan pelbagai aktiviti persatuan supaya dengan persediaan kendiri yang lengkap membantu memenuhi segala yang diperlukan negara.

dipetik dri akbar Sinar Harian Pahang 8/1/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan