BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 20 Oktober 2009

Makluman Aktiviti

untuk makluman kepada semua ahli kelab KRM Jerantut, untuk aktiviti bagi bulan hadapan sila daftarkan diri untuk progam yang akan datang. untuk maklumat lanjut sila hadirkan diri ke pejabat Belia Daerah Jerantut untuk pertanyaan lanjut.
-Pengerusi Kelab KRM Jerantut-

Rabu, 7 Oktober 2009

Kelab Rakan MUda Jerantut Turut Serta Program Tengku Muda Pahang Bersama Penduduk Mukim Ulu Cheka pada 4 Ogos 2009

Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Bersama Skuad Rakan Sukarelawan telah mengambil bahagian di dalam program Tengku Muda Bersama Penduduk Mukim Ulu Cheka.Kelab Rakan MUda Jerantut Bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jerantut telah bersama-sama menguruskan acara Sukan rakyat Di Padang Sk Pawang Nong.

Program Bersama Tengku Muda Pahang


ULU CHEKA – Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hadir bersama Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latif mencemar duli untuk bersama rakyat memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak di sini kelmarin.

Program dimulakan pada waktu dengan acara sukan rakyat bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Pawang Nong, yang turut diserta penyanyi terkenal Hattan.

Tengku Abdul Rahman berkata, sukan rakyat yang diadakan di setiap kampung perlu diteruskan sebagai medium mengeratkan hubungan dan cabang riadah serta hiburan bersama yang boleh menyihatkan tubuh badan.

Menurutnya, ia juga akan menjadi platform meningkatkan tahap kerjasama dengan lebih baik.

“Apa yang dilihat hari ini menunjukkan muafakat dan perpaduan masih erat dalam kalangan penduduk, yang mana penyertaan bersama ini perlu diteruskan sepanjang masa kerana pelbagai nilai murni terkandung di dalamnya.

“Saya gembira dapat beriadah dan bersukan dengan rakyat dengan semuanya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, mesra dan memberikan kerjasama terbaik,” katanya ketika berucap di sini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Ismail Mohd Ali berkata, kesudian Tengku Muda bersama Cik Puan Muda Pahang mencemar duli memeriahkan majlis diadakan amatlah dihargai seluruh rakyat daerah ini.

Menurutnya, keramahan dan kemesraan yang ditunjukkan pasangan diraja itu benar-benar menambat hati rakyat yang membuatkan mereka dekat dengan rakyat.

“Pastinya kunjungan mereka ke sini memberikan pengalaman berharga kepada rakyat, dan menggembirakan selain mengeratkan lagi hubungan dan semangat perpaduan.

“Diharapkan juga kunjungan dan kesempatan mendekati rakyat yang diluang�kan��nya dapat memberikan semangat dan dorongan untuk rakyat terus menjaga dan menghargai segala nikmat kemakmuran dan kesenangan yang dikecapi kini,” katanya.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee; ADUN Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Selasa, 6 Oktober 2009

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari.Jadi di sini kami kongsikan bersama tip-tip sedikit sebanyak dapat membantu menyediakan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan

Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

Klik Read more di bawah untuk bacaan selanjutnya

Follow up:


Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

Semoga berjaya
-Pengerusi Kelab KRM Jerantut-

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

SAYA PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT MEWAKILI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT MENGUCAPAKAN SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA AHLI KELAB YANG SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR. SEMOGA DENGAN PENUH TAWADUK DAN TENANG SEMASA MENJALANI PEPERIKSAAN. SEMOGA BERJAYA KAMI WARGA KRM JERANTUT SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA

PROGRAM 1 MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI PEKAN DAMAK

PROGRAM 1 MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI PEKAN DAMAK
ANJURAN BERSAMA : KRT PEKAN DAMAK, JKKK KG DAMAK,
JKKK KG BARU DAMAK,
KELAB RAKAN MUDA JERANTUT,
PERSATUAN BELIA WAWASAN KG DAMAK,
RELA DAERAH JERANTUT

TARIKH : 1 – 2 OGOS 2009
TEMPAT : DATARAN PEKAN SARI DAMAK


TARIKH: 1 OGOS 2009 (SABTU)

ACARA PADA HARI PERTAMA DIMULAKAN DENGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 25 TAHUN. KEJOHANAN BOLA SEPAK INI BERMULA PADA PUKUL 8.00 PAGI.
TERDAPAT 14 PASUKAN YANG TELAH MENYERTAI KEJOHANAN INI. DIA ANTARANYA IALAH PASUKAN SOM F.C, BUKIT PEMANCAR F.C, ALONG F.C, BERAU F.C, ULU CHEKA F.C, BATU BALAI A, BATU BALAI B, JERUK KELUBI F.C, PERLOK F.C, 410 F.C, PBWKD.
PASUKAN SOM F.C TELAH MERANGKUL KEJUARAAN, MANAKALA BUKIT PEMANCAR F.C MENYANDANG NAIB JOHAN, DI IKUTI BERAU F.C TEMPAT KE-3 DAN ESPEK TEMPAT KE-4.



PERLAWANAN AKHIR PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH BAWAH 25 TAHUN DIANTARA PASUKAN SOM F.C DAN BUKIT PEMANCAR F.C (KG KOI)

ACARA DI TERUSKAN LAGI PADA SEBELAH MALAM DENGAN PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


PESERTA PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


SENAMAN PAGI(TARIAN POCO-POCO)MERUPAKAN ACARA PEMBUKAAN SUKAN RAKYAT


GOLONGAN KANAK-KANAK TURUT MENYERTAI&MEMERIAHKAN SUASANA SUKAN RAKYAT


ACARA MEMAKAN EPAL ( GIGIT JANGAN TAK GIGIT)


DATO HJ ISMAIL B. HJ MOHD ALI, PEGAWAI DAERAH JERANTUT MELEPASKAN ACARA AKHIR PERTANDINGAN TARIK TALI


PASUKAN KOMPANG SK. BATU BALAI TURUT MEMERIAHKAN PERASMIAN PENUTUP PROGRAM 1 MALAYSIA BERSAMA KOMUNTI PEKAN DAMAK

Rakan Muda Jerantut sasar 1,000 ahli tahun ini - Dipetik dari akhbar Sinar Harian



PEKAN DAMAK – Generasi muda 15 hingga 25 tahun digesa menyertai Kelab Rakan Muda Jerantut bagi membolehkan mereka menerima manfaat sepenuhnya ke arah melahirkan generasi bermaklumat yang membawa impak terbaik kepada komuniti. Pengerusi Kelab, Muhammad Faiz Mahayudin berkata, terbaru kelab ini berjaya menambah 150 ahli baru, dengan usaha kini dipergiat untuk terus menambah keahlian bagi mencapai sasaran 1,000 keahlian tahun ini. Menurutnya, penyertaan banyak diterima sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, manakala DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar akan digerakkan secara proaktif oleh ahli sedia ada untuk mempromosikan keahlian kelab. “Penyertaan bersama generasi muda untuk turut serta dalam kelab seumpama ini amat penting, untuk membolehkan golongan remaja dapat digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat. “Contohnya, peranan terbesar ahli kelab adalah turut serta menjayakan Program 1Malaysia Komuniti Pekan Damak yang lalu, menyaksikan kerjasama mantap antara generasi muda dan kepimpinan setempat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Muhd Faiz berkata, penyertaan amat dialu-alukan untuk membolehkan pengisian aktiviti dapat diterapkan kepada generasi muda, seterusnya menjadi landasan menjauhi gejala sosial. Beliau berkata, lapan komponen sedia dijayakan ahli kelab di bawah Rakan Muda ialah Rakan Kecergasan, Rakan Inovasi, Rakan Masyarakat, Rakan Cinta Alam, Rakan Seni Budaya, Rakan Wira Usaha, Rakan Jiran Muda, Rakan Muda Wawasan Desa dan Rakan Sukarelawan. Hanya menerusi penyertaan dalam kelab membolehkan generasi muda dapat bersatu padu menonjolkan bakat masing-masing dalam lapan komponen yang ada, dengan rakan sukarelawan adalah paling banyak dijayakan. Untuk menjadi generasi proaktif dan berdaya saing, penting bagi generasi muda menyertai kelab ini supaya manfaatnya benar-benar dapat dirasai dan segala nilai murni dapat diterapkan seterusnya melahirkan pelapis kepimpinan terbaik selaras dimahukan kerajaan, katanya