BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 17 Mei 2010

PROGRAM WIRAUSAHA MINGGU INI


KEPADA SEMUA AHLI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT DIPELAWA UNTUK MENYERTAI KURSUS USAHAWAN MUDA ANJURAN KELAB RAKAN MUDA JERANTUT

TARIKH : 22 MEI 2010 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN REST HOUSE JERANTUT
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!! CEPAT HANYA MEREKA YANG CEPAT..

MOH JANA LAH EKONOMI ANDA SEKARANG!!!!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI EN. MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN ATAU SMS KE FACE BOOK KRM JERANTUT

Khamis, 11 Mac 2010

Pasukan Bola Sepak Kelab Rakan Muda Jerantut

Liga Emas Jerantut 2010
Kelab Rakan Muda Jerantut VS 36 F.c
Masa : 5.30 Ptg
Tarikh : 16 Mac 2010 (Selasa)
Tempat : Padang F.A Jerantut

Pada hari selasa ini Pasukan Bola sepak Kelab Rakan Muda Jerantut akan menentang pasukan 36 F.c.. Kepada semua ahli datang la beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan kelab Rakan Muda Jerantut... MOH Kite Sorok WeH!!!!


Pasukan Bola Sepak Kelab Rakan Muda Jerantut 2010

Ahad, 7 Mac 2010

KELAB RAKAN MUDA JERANTUT VS TEMBELING F.C

Liga Emas Jerantut 2010
Kelab Rakan Muda Jerantut VS Tembeling F.c
Masa : 5.30 Ptg
Tarikh : 8 Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Padang F.A Jerantut

Pada hari ini Pasukan Bola sepak Kelab Rakan Muda Jerantut akan memulakan saingan pada petang ini menengtang pasukan Tembeling F.c. Buat julung kalinya kelab Rakan Muda Jerantut beraksi didalam saingan liga emas jerantut buat kali ini.. Kepada semua ahli datang la beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan kelab Rakan Muda Jerantut... MOH Kite Sorok WeH!!!!

Sabtu, 27 Februari 2010

MENGAPA MEMILIH UNTUK MEMBUBARKAN KELAB RAKAN MUDA??

Saya terpanggil untuk mengulas pandangan pengerusi gerakan belia 4B Malaysia yang menyarankan agar Kelab Rakan Muda dibubarkan di seluruh peringkat, Kebangsaan, negeri, kawasan dan institusi-institusi.
Beliau perlu memahami dasar penubuhan Kelab Rakan Muda ini secara dalam. Mengapa perlu dibubarkan organisasi yang telah banyak membantu persatuan belia membangunkan melahirkan remaja yang mampu mengerakkan organisasi belia itu sendiri. Program di bawah rakan muda ini sendiri ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat.
Memang kita lihat pada hari ini Organisasi Belia yang lain kurang jelas dengan pendekatan yang di bawa oleh kelab rakan muda diseluruh Malaysia ini. Apa yang menjadi persoalan di sini mengapa ada pertikaian sebegini seolah-olah tidak memperlihatkan rasional kewujudan Kelab Rakan Muda yang mana telah banyak diberi pendedahan awal berkenaan perjalanan organisasi belia terhadap bakal ahli-ahli badan NGO belia dan pemimpin-pemimpin organisasi belia pada masa akan datangnya. Bukankah kesinambungan itu akan berterusan apabila ahli kelab rakan muda ini menyertai persatuan belia itu sendiri.
Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006, seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di kalangan remaja. Jadi mengapa ianya harus dihentikan tanpa melihat kesan dan kemajuanya.
Kami berharap peranan Kelab Rakan Muda ini dapat di mantapkan lagi dengan di perkukuhkan lagi dengan lebih proaktif serta dapat memberi perubahan yang besar terhadap kemajuan belia negara,

Tumbang Jati tiada Berdahan
Tikar Mengkuang kami Alaskan
Bersatu Hati menuju kemajuan
Demi Rakan Muda Kami Pertahankan!!!

HIDUP RAKAN MUDA!!!!! YAKIN BOLEH!!!!
PRIHATIN MAHIR DINAMIK!!!!!!


MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN
PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT, PAHANG

Ahad, 31 Januari 2010

Teruskan Khidmat Penggerak Rakan Muda di setiap parlimen

Barisan ajk Kelab rakan muda jerantut amat berharap pihak kerajaan dibawah kementerian Belia dan Sukan dapat meneruskan khidmat penggerak rakan muda di seluruh parlimen. Khidmat penggerak ini sangat penting bagi meneruskan saranan pihak kerajaan yang mahu mendekati golongan remaja bagi memperjelaskan mengenai misi dan visi nasional kerajaan terutama yang melibatkan mengenai progam belia. Penggerak Rakan Muda juga berperanan mewujudkan program dan aktiviti yang berterusan serta mampu menarik minat golongan remaja bersesuaian dengan minat dan selera remaja masa kini.
Ahli jawatan kuasa Kelab Rakan Muda Jerantut berharap agar kerajaan dapat menilai semula suara dan cadangan dari seluruh kelab rakan muda di malaysia agar dapat diteruskan agenda dan kesinambungan program pembangunan remaja yang dapat menggerakan golongan remaja melaui program rakan muda ini.

Muhammad Faiz Mahayudin
Pengerusi Kelab Rakan Muda Jerantut

Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Makan Malam bersama Yb Dato Wan Amizan Abd Razak

Semua Ajk Di Jemput Hadir Ke Majlis Makan Malam bersama Yb Dato Wan Amizan Abd Razak

Tarikh : 22 Januari 2010 (Jumaat)
Tempat : Rest House Jerantut
Masa : 9 Malam

-PENGERUSI-

Khamis, 7 Januari 2010

Bengkel bentuk ahli progresif (sinar Harian Pahang -8/1/2009)


BANDAR JERANTUT – Aktiviti bengkel pengurusan yang diadakan Kelab Rakan Muda Jerantut dilihat kaedah terbaik membantu kelab merancang aktiviti lebih kemas teratur dan membentuk ahlinya untuk lebih progresif dan berdaya saing.

Pengerusinya, Mohd Faiz Mahyudin berkata, tumpuan aktiviti berkenaan turut membabitkan penyertaan ahli jawatankuasa bertujuan memantapkan lagi pengurusan kelab dan juga perjalanan aktiviti persatuan.

Menurutnya, penyertaan dalam bengkel seumpama itu juga membolehkan pelbagai aktiviti kelab pada masa akan datang dapat dirancang kemas dan tersusun.

“Dalam bengkel yang diadakan, teras pengurusan melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan di bawah elemen gaya hidup rakan muda.

“Ia berdasarkan cita rasa dan keperluan persekitaran komuniti di daerah ini, yang menumpukan ke arah menjana keupayaan ahli kelab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Faiz berkata, selain perlaksanaan bengkel menerusi teras berkenaan ia juga sebagai kaedah kelab untuk melengkapkan remaja dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Menurutnya, dengan menyertai bengkel itu, asas pengurusan persatuan belia dapat di titik beratkan supaya seimbang dengan matlamat penubuhan kelab itu dan seiring dengan kelab-kelab yang lain

:“Penyertaan generasi muda ke dalam kelab ini amat digalakkan untuk membolehkan pelbagai aktiviti bersama dapat dilakukan, seterusnya membolehkan segala manfaat daripada aktiviti berpersatuan dapat diterima semua.

“Ini penting sebagai kaedah untuk membantu generasi muda menyediakan diri supaya dapat menjadi lebih proaktif, berdaya saing dan juga berketerampilan sejajar dengan yang dimahukan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, generasi muda kini perlu lebih sedar untuk mempersiapkan diri supaya menjadi lebih baik dan lengkap dengan segala ilmu pengetahuan, dengan memanfaatkan pelbagai aktiviti persatuan supaya dengan persediaan kendiri yang lengkap membantu memenuhi segala yang diperlukan negara.

dipetik dri akbar Sinar Harian Pahang 8/1/2010