BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 27 Februari 2010

MENGAPA MEMILIH UNTUK MEMBUBARKAN KELAB RAKAN MUDA??

Saya terpanggil untuk mengulas pandangan pengerusi gerakan belia 4B Malaysia yang menyarankan agar Kelab Rakan Muda dibubarkan di seluruh peringkat, Kebangsaan, negeri, kawasan dan institusi-institusi.
Beliau perlu memahami dasar penubuhan Kelab Rakan Muda ini secara dalam. Mengapa perlu dibubarkan organisasi yang telah banyak membantu persatuan belia membangunkan melahirkan remaja yang mampu mengerakkan organisasi belia itu sendiri. Program di bawah rakan muda ini sendiri ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat.
Memang kita lihat pada hari ini Organisasi Belia yang lain kurang jelas dengan pendekatan yang di bawa oleh kelab rakan muda diseluruh Malaysia ini. Apa yang menjadi persoalan di sini mengapa ada pertikaian sebegini seolah-olah tidak memperlihatkan rasional kewujudan Kelab Rakan Muda yang mana telah banyak diberi pendedahan awal berkenaan perjalanan organisasi belia terhadap bakal ahli-ahli badan NGO belia dan pemimpin-pemimpin organisasi belia pada masa akan datangnya. Bukankah kesinambungan itu akan berterusan apabila ahli kelab rakan muda ini menyertai persatuan belia itu sendiri.
Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006, seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di kalangan remaja. Jadi mengapa ianya harus dihentikan tanpa melihat kesan dan kemajuanya.
Kami berharap peranan Kelab Rakan Muda ini dapat di mantapkan lagi dengan di perkukuhkan lagi dengan lebih proaktif serta dapat memberi perubahan yang besar terhadap kemajuan belia negara,

Tumbang Jati tiada Berdahan
Tikar Mengkuang kami Alaskan
Bersatu Hati menuju kemajuan
Demi Rakan Muda Kami Pertahankan!!!

HIDUP RAKAN MUDA!!!!! YAKIN BOLEH!!!!
PRIHATIN MAHIR DINAMIK!!!!!!


MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN
PENGERUSI KELAB RAKAN MUDA JERANTUT, PAHANG