BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 31 Januari 2010

Teruskan Khidmat Penggerak Rakan Muda di setiap parlimen

Barisan ajk Kelab rakan muda jerantut amat berharap pihak kerajaan dibawah kementerian Belia dan Sukan dapat meneruskan khidmat penggerak rakan muda di seluruh parlimen. Khidmat penggerak ini sangat penting bagi meneruskan saranan pihak kerajaan yang mahu mendekati golongan remaja bagi memperjelaskan mengenai misi dan visi nasional kerajaan terutama yang melibatkan mengenai progam belia. Penggerak Rakan Muda juga berperanan mewujudkan program dan aktiviti yang berterusan serta mampu menarik minat golongan remaja bersesuaian dengan minat dan selera remaja masa kini.
Ahli jawatan kuasa Kelab Rakan Muda Jerantut berharap agar kerajaan dapat menilai semula suara dan cadangan dari seluruh kelab rakan muda di malaysia agar dapat diteruskan agenda dan kesinambungan program pembangunan remaja yang dapat menggerakan golongan remaja melaui program rakan muda ini.

Muhammad Faiz Mahayudin
Pengerusi Kelab Rakan Muda Jerantut

Rabu, 20 Januari 2010

Majlis Makan Malam bersama Yb Dato Wan Amizan Abd Razak

Semua Ajk Di Jemput Hadir Ke Majlis Makan Malam bersama Yb Dato Wan Amizan Abd Razak

Tarikh : 22 Januari 2010 (Jumaat)
Tempat : Rest House Jerantut
Masa : 9 Malam

-PENGERUSI-

Khamis, 7 Januari 2010

Bengkel bentuk ahli progresif (sinar Harian Pahang -8/1/2009)


BANDAR JERANTUT – Aktiviti bengkel pengurusan yang diadakan Kelab Rakan Muda Jerantut dilihat kaedah terbaik membantu kelab merancang aktiviti lebih kemas teratur dan membentuk ahlinya untuk lebih progresif dan berdaya saing.

Pengerusinya, Mohd Faiz Mahyudin berkata, tumpuan aktiviti berkenaan turut membabitkan penyertaan ahli jawatankuasa bertujuan memantapkan lagi pengurusan kelab dan juga perjalanan aktiviti persatuan.

Menurutnya, penyertaan dalam bengkel seumpama itu juga membolehkan pelbagai aktiviti kelab pada masa akan datang dapat dirancang kemas dan tersusun.

“Dalam bengkel yang diadakan, teras pengurusan melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan di bawah elemen gaya hidup rakan muda.

“Ia berdasarkan cita rasa dan keperluan persekitaran komuniti di daerah ini, yang menumpukan ke arah menjana keupayaan ahli kelab,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Faiz berkata, selain perlaksanaan bengkel menerusi teras berkenaan ia juga sebagai kaedah kelab untuk melengkapkan remaja dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Menurutnya, dengan menyertai bengkel itu, asas pengurusan persatuan belia dapat di titik beratkan supaya seimbang dengan matlamat penubuhan kelab itu dan seiring dengan kelab-kelab yang lain

:“Penyertaan generasi muda ke dalam kelab ini amat digalakkan untuk membolehkan pelbagai aktiviti bersama dapat dilakukan, seterusnya membolehkan segala manfaat daripada aktiviti berpersatuan dapat diterima semua.

“Ini penting sebagai kaedah untuk membantu generasi muda menyediakan diri supaya dapat menjadi lebih proaktif, berdaya saing dan juga berketerampilan sejajar dengan yang dimahukan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, generasi muda kini perlu lebih sedar untuk mempersiapkan diri supaya menjadi lebih baik dan lengkap dengan segala ilmu pengetahuan, dengan memanfaatkan pelbagai aktiviti persatuan supaya dengan persediaan kendiri yang lengkap membantu memenuhi segala yang diperlukan negara.

dipetik dri akbar Sinar Harian Pahang 8/1/2010